UniKL RCMP
UniKL RCMP adalah Institusi Pendidikan Tinggi MARA yang menawarkan kursus-kursus Sains Kesihatan merangkumi MBBS, Radiografi, Kejururawatan, Fisioterapi dan Farmasi.
Universiti Kuala Lumpur - UniKL
UniKL adalah Institusi Pendidikan Tinggi MARA yang menawarkan kursus-kursus teknologi Kejuruteraan.
German-Malaysia Institute - GMI
In 1991, German-Malaysian Institute (GMI), a hub for advanced skills training was established. GMI provides a comprehensive and balanced training of unique theoretical and hands-on approaches.
Sunday, January 29, 2012
Thursday, January 19, 2012
Tuesday, January 17, 2012
Monday, January 16, 2012
Terrific turnout
AS in previous years, all the seats for the talk on “Medicine and Dentistry” were filled up by eager students and parents.
The first speaker of the session was Malaysian Medical Association’s Medical Education Committee member Datuk Dr Kuljit Singh, who almost immediately chose to dispel myths of doctors as portrayed on popular television programmes.
“Medicine is not as glamorous as what you see on House and Grey’s Anatomy; it is a profession that requires a lot of hard work and commitment,” he said. Another speaker otorhinolarynogology lecturer Prof Datuk Dr Lokman Saim from Universiti Kebangsaan Malaysia’s (UKM) Faculty of Medicine, emphasised the need for students to pursue their medical studies at recognised universities.
![]() |
| Prof Lokman said students should pursue their medical studies at recognised institutions. |
“Don’t be too impressed by (medical) schools claiming to be recognised by the World Health Organisation (WHO) or the United Nations (UN) - if the school is not recognised by the Malaysian government, you can’t work here.
“If you come back with a degree from an unrecognised school, you will have to sit for a qualifying examination at either UKM, Universiti Malaya or Universiti Sains Malaysia.
“The passing rate for this examination is only between 20 and 30% each year, and you only have three attempts to pass,” he said.
Meanwhile, International Medical University’s School of Dentistry dean Prof Dr Toh Chooi Gait offered students an overview in the field of dentistry.
“Dentists are not just tooth fillers; they are oral physicians and surgeons,” she said.
“It is a fast-evolving profession with a lot of new technology involved, because the equipment that is used keeps changing to make treatment more comfortable for patients.
“Besides being scientists, dentists are also artists since they are trained to have an eye for detail.”
Accountants of the 21st century have the potential to become future chief financial officers, chief executive officers and financial directors of established firms, said Sunway-TES executive director Teo Ee Sing at the talk on accounting.
In fact, he said, accounting graduates would not be limited to just doing accounting because they could also find jobs in other fields such as taxation.
“There is a changing perception and expectation of today’s accountant.
“Those who work for the big firms are armed with laptops and use IT gadgets in their work,” he said, likening the ACCA to a “passport”.
“The accountant must have good communication skills because he or she has to make presentations to a company’s board of directors from time to time. The accountant should also have critical thinking skills, and ask tough questions when he senses something is amiss,” he said.
The University of Nottingham Malaysia Campus’ Assoc Prof Dr Lau Chee Kwong described the academic route as an ideal one for those who were interested in accounting.
“It is a ‘safer route’ where students can opt to continue with a professional qualification after their accounting course,” he said.
He also said students would get a holistic education at institutions of higher learning.
Think New Zealand and pictures of sheep grazing in the meadows come to mind, said New Zealand High Commission counsellor (education) Izak Human who had the audience in stitches when he confirmed the popular trivia about his country having more sheep than people.
![]() |
| Human’s talk was on study opportunities in New Zealand. |
He said during the Study and Work Overseas session that although New Zealand had a small population, the country still opened its doors to foreign students who might be eligible for a Graduate Job Search Work Visa for a maximum of 12 months.
Human added that universities in the country were better known for their courses in Medicine, Enginee-ring, Agriculture, and Computer Science.
“New Zealand also has several po-lytechnics and students interested in pursuing Technology courses are encouraged to enrol in these institutions,” he shared.
Meanwhile, Education in Ireland manager Terry Mc Parland said Ireland was well-recognised for its medical schools which had been training many generations of Malay-sian doctors.
“Education is very much a part of the Irish DNA. Other non-medical options available in Ireland include engineering and the arts,” said Mc Parland.
It was evident that the United States (US) Australia and Hong Kong were popular destinations judging from the crowds at the sessions.
Malaysian-American Commission on Educational Exchange Education USA Advising Centre coordinator Doreen John and Australia Trade Commission education commissioner Peter Mackey spoke on procedures involved in applying to the colleges and universities in both countries.
John said students could enter community colleges in the US with their SPM certificates. She mentioned that there were several intakes in a year for colleges and universities in the US — the January intake, summer intake and September intake.
However, she advised students to apply for the fall intake in September as they would stand a better chance of getting scholarships since deliberations for scholarships were made earlier in the year by the universities.
Other questions raised by the audience during the session included whether students were allowed to work part-time while studying.
“Students are only allowed to work part-time for about 20 hours in a week.
“Their main priority should still be their studies as their parents have forked out a huge sum of money to send them to study overseas.
“They should think about their quality of life and not neglect factors such as cost of living, social life and personal safety,” said Mackey.
Prof Michael Wilkinson from the University of Hong Kong said that was a marked increase in the number of Malaysian students applying to study there.
“Hong Kong is a gateway to China for some students who are tapping into the huge market in the country after graduation,” he added.
During the talk on engineering, Universiti Tunku Abdul Rahman vice-president Prof Dr Lee Sze Wei presented the parents and students with the salary scales of engineers working in different sectors such as Civil Engineering, Chemical Engineering and Electronics Engineering.
Starting salaries depended on the size of the company and they could range from between RM2,000 and RM2,500, Prof Lee said.
Dr Chan Tuck Leong, a manager at Petronas, said those who ventured into the fields of Oil and Gas Engineering should not expect to land a cushy job working in offices as they also had to do field work.
“Engineering projects often take many years to be completed and a lot of studies are needed in the development of those projects,” said Dr Chan. The Institute of Engineers Malaysia fellow member Dr Chong Chien Fatt, who was the last speaker, at the session said the analytical thinking skills ingrained in engineers is highly valued even in fields like banking and consultancy services.
Source: The Star Online.
Lelaki minat jadi jururawat, mutu kerja tak tunjuk kejanggalan
ANTARA kerjaya dianggap selamat, sama ada dari segi peluang mendapat pekerjaan atau daripada dibuang kerja ketika kegawatan ekonomi ialah bekerja dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Kekurangan tenaga kerja dalam bidang berkenaan, berbanding permintaan tinggi membuatkan kakitangan kerajaan sektor kesihatan menjadi seperti 'pisang goreng panas.'
Bagi sesetengah orang, kerjaya sebagai jururawat lelaki mungkin jauh daripada jangkauan pemikiran. Bahkan, ada memandang sebelah mata terhadap kerjaya yang dianggap hak mutlak wanita sejak turun temurun.
Namun, kebelakangan ini, jumlah pelajar yang mengambil bahagian dalam kerjaya mulia itu mula menunjukkan peningkatan.
Lelaki yang menjadi jururawat sudah membuktikan mereka mampu menjalankan tugas dengan baik, malah ada kalanya lebih daripada dijangkakan.
Di Hospital Universiti Sains Malaysia contohnya, kehadiran jururawat lelaki di wad perubatan dan surgeri, unit kecemasan, dewan bedah menambahkan warna-warni suasana perawatan di hospital.
Mereka menunjukkan mutu kerja yang baik dan tidak sedikitpun menampakkan kejanggalan sama ada dari segi perawakan, perwatakan atau mutu perkhidmatan.
Dengan tidak menafikan sumbangan yang selama ini ditaburkan wanita dalam memartabatkan profesion kejururawatan negara, menjadi jururawat lelaki adalah suatu yang harus dipandang mulia bagi mereka yang memikirkan tanggungjawab bahawa pesakit lelaki lebih aula dijaga dan dirawat oleh jururawat lelaki.
Ruang dan peluang memang terbuka luas bagi mereka yang mencarinya. Di negara ini, pendidikan dalam bidang kejururawatan tidak hanya terhad kepada tempat di institusi pengajian tinggi awam.
Institusi swasta juga banyak membuka tempat kerana menyedari keperluan yang meningkat dalam kerjaya itu.
Bagi ibu bapa yang anak lelaki menunjukkan minat dalam bidang perawatan, kerjaya sebagai jururawat harus diletakkan dalam senarai pilihan. Tambahan pula, dengan peluang melanjutkan pengajian yang sentiasa terbuka, mereka yang berminat seharusnya disokong untuk terus melanjutkan lagi pengajian dalam bidang kejururawatan, bukan saja ke peringkat diploma atau ijazah bahkan sehingga ke peringkat sarjana, malah doktor falsafah (PhD).
DR IRFAN MOHAMAD,
Hospital USM, Kota Bharu.
Sumber: Berita Harian online. 10 April 2009.
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BAGI TAHUN 2012
Semakan keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat MRSM sesi 2012 boleh dibuat bermula 20 Januari 2012 (Jumaat).
Sila layari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my
atau
SMS: mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888
Thursday, January 12, 2012
Jururawat bergelar 'doktor'
TIDAK pernah penulis membayangkan betapa sukarnya menjadi jururawat sehinggalah menemui Prof. Madya Dr. Khatijah Lim Abdullah baru-baru ini.
Bukan apa, mungkin kerana pandangan remeh yang sering dilemparkan kepada kerjaya itu membuatkan sesetengah kita terlepas pandang kepayahan mereka.
![]() |
| KHATIJAH mahu melihat lebih banyak jururawat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. |
Apabila penerima anugerah kejururawatan, Anugerah Tuanku Bainun minggu lalu itu bercerita, terasa ada batu besar yang digalas di bahu jururawat.
Bayangkan, hanya anda yang berada bersama pesakit-pesakit yang tenat di hospital pada waktu malam kala doktor sudah pulang beristirehat. Soal hidup dan mati insan lain kini di tangan anda.
Jika ada apa-apa yang berlaku kepada pesakit, andalah pembuat keputusannya. Sama ada perlu untuk 'membangkitkan' doktor atau tidak semuanya berdasarkan percaturan anda.
Hendak tanya pesakit sendiri, pesakit pula terlantar tidak boleh menjawab. Hendak memanggil doktor kembali bertugas bimbang dimarahi andai kata pesakit sebenarnya tidak ada masalah.
Kena marah
"Tekanannya besar. Kami boleh memantau, kami boleh menilai tetapi kami bukan doktor.
"Kalau benar sesuatu yang buruk terjadi dan kami tidak memanggil doktor, nanti kami yang rasa bersalah dan dipersalahkan. Kami berdepan dengan soal hidup mati seseorang.
"Saya lebih rela kena marah dengan doktor kerana mengejutkannya daripada saya melakukan kesilapan.
"Tetapi itu pun setelah saya pastikan betul-betul bahawa memang ada yang tidak kena berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang terhimpun di dada," ujar Khatijah, 49, ketika ditemui di pejabatnya di Jabatan Sains Kejururawatan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Khatijah merupakan individu terpilih yang menerima Anugerah Tuanku Bainun yang disampaikan sendiri oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun di Subang Jaya sempena Hari Jururawat Sedunia baru-baru ini.
Khatijah merupakan pensyarah pertama di UM yang memiliki kelulusan doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang kejururawatan.
Beliau juga antara individu penting yang membawa kepada terlaksananya pengajian sarjana bagi bidang kejururawatan di UM dan negara ini bermula tahun 2007.
Penawaran pengajian sarjana itu membawa kepada penukaran nama Unit Sains Kejururawatan kepada Jabatan Sains Kejururawatan.
"Sekarang kami menyasarkan untuk mendapatkan gelaran fakulti bagi institusi ini tetapi kami perlu lebih ramai lagi profesor di sini," katanya.
Khatijah mempunyai pengalaman menjadi jururawat selama 14 tahun termasuk di empat buah hospital di Britain sebelum menjadi pensyarah di UM.
Penjual ikan
Khatijah seorang yang amat mementingkan pendidikan. Mungkin bagi sesetengah jururawat menganggap tidak perlulah mengambil jurusan kejururawatan sehingga ke tahap Ph.D sedangkan kerja mereka hanya di belakang doktor.
"Saya menggalakkan jururawat kita agar berilmu tinggi. Bagi saya, ilmu yang tinggi menjadikan anda lebih yakin.
![]() |
| DARI kanan: Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah dan Khatijah. |
Khatijah dibesarkan dalam keluarga Tionghua di Seremban, Negeri Sembilan yang berpandangan tradisional.
Semasa memberitahu dirinya ingin menjadi jururawat, ibunya tidak bersetuju. Bahkan, impiannya untuk belajar tinggi juga dibimbangi ibunya kerana ditakuti susah hendak mencari suami.
"Ibu saya kata, orang perempuan baiklah jadi cikgu. Jadi jururawat kerja kotor, cuci-cuci.
"Kerja syif nanti tak boleh kahwin. Tak payahlah belajar tinggi-tinggi, nanti lelaki pun tidak mahu dekat," ceritanya.
Namun, ibunya menyedari satu bakatnya sejak kecil iaitu suka menolong orang.
"Sebenarnya saya pun tidak sedar. Mak sayalah selalu cakap saya ni kepohchi (suka menyibuk) sejak kecil lagi.
"Sejak saya di tingkatan satu lagi, saya rasa saya tahu sahaja apa nak buat bila sesuatu berlaku.
"Emak saya selalu cerita ketika dia panik melihat anak jiran berdarah hidungnya, saya boleh tenang dan saya terus dongakkan kepalanya dan ambil ketulan ais," katanya.
Ada dua perkara yang memotivasikan Khatijah untuk menjadi jururawat dan berpelajaran tinggi. Pertama, keluarganya sangat miskin dengan bapanya bekerja sebagai penjual ikan. Kedua, Florence Nightingale.
"Semasa di tingkatan satu, cikgu mengajar satu topik iaitu tentang wanita-wanita berjaya di dunia.
"Saya amat tertarik dengan salah seorang daripadanya iaitu Florence Nightingale, seorang jururawat yang sangat suka membantu orang.
"Hati saya terus terdetik, saya mahu menjadi sepertinya," katanya.
Britain
Khatijah mengikuti pengajian kejururawatan di peringkat sijil di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada awal 1980-an sebelum menjadi jururawat terlatih pada tahun 1983.
Selepas lima tahun berkhidmat sebagai jururawat terlatih dia memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana.
"Saya tidak ada pilihan. Pada masa itu, tidak ada pengajian itu di sini. Saya pun ke Britain. Selama sembilan tahun saya belajar dan bekerja di situ.
"Saya tidak ada masalah untuk mendapat kerja di situ. Saya sempat berkhidmat dengan empat buah hospital.
"Ini menunjukkan tidak ada cacat celanya pembelajaran di peringkat sijil di Malaysia," katanya.
Tetapi beritahu Khatijah dia ada masalah penyesuaian diri di sana. Di Britain, jururawat mereka lebih banyak berkomunikasi dengan pesakit.
"Pada mulanya, saya tidak tahu apa yang hendak dicakapkan dengan pesakit. Sememangnya budaya kita dibesarkan kurang berkomunikasi. Kita malu dan terlalu merendah diri.
"Bagi saya orang putih bukan bijak, mereka sama saja dengan kita. Apa yang membezakan mereka dengan kita hanyalah cara mereka berkomunikasi.
"Bagi mereka, thank you dan please itu satu perkataan wajib. Mereka mudah menzahirkan apresiasi tapi kita cenderung menyembunyikannya," ujarnya.
Kemudian, Khatijah kembali ke Malaysia dan bergelar pensyarah kejururawatan di UM.
![]() |
| KHATIJAH mahu lebih banyak berjasa dalam bidang kejururawatan. |
Beliau kembali meneruskan pengajian Ph.D lima tahun kemudiannya di Britain selepas berumah tangga.
"Saya sebenarnya bercinta dengan suami saya sejak saya belajar di UM lagi. Dia doktor.
"Dia setia tunggu saya sembilan tahun untuk habiskan pengajian ijazah dan sarjana di Britain.
"Saya kata kepada dia yang saya hendak melanjutkan pengajian tinggi. Saya pun hendak ada gelaran 'doktor' juga," kata Khatijah tertawa.
Ditanya tentang perkembangan kerjaya jururawat di negara ini, Khatijah berkata sektor itu kini sungguh memberangsangkan.
"Apabila saya balik dari Britain kali pertama pada 1997, saya gembira apabila mengetahui sudah terdapat pengajian ijazah sarjana muda bagi kejururawatan di negara ini iaitu sejak 1993.
Kini, semakin banyak institusi tinggi yang menawarkan pengajian kejururawatan.
"Sekarang kita ada 75,000 jururawat di Malaysia dengan kata lain, berdasarkan nisbah 24 juta rakyat Malaysia, seorang jururawat bersamaan 350 pesakit.
"Berbanding tiga hingga lima tahun dulu, nisbah seorang jururawat bersamaan 600 pesakit. Matlamat kita adalah untuk mencapai satu jururawat, 200 pesakit.
"Cuma yang saya sedihkan, daripada 75,000 jururawat kurang daripada satu peratus yang mempunyai ijazah.
"Ada jururawat tempatan yang memilih untuk berkhidmat di luar negara seperti Arab Saudi dengan gaji lumayan sehingga RM20,000 sebulan.
"Saya faham, itu pilihan individu dan mungkin atas desakan hidup. Tetapi kalau berlarutan, ia boleh mengurangkan bilangan jururawat di negara ini.
"Dulu jururawat kurang, sekarang sudah banyak, tetapi takut jadi kembali kurang kerana jururawat-jururawat memilih untuk ke luar. Itu sesuatu yang perlu difikirkan juga," katanya.
Sumber: Kosmo Online.
Wednesday, January 11, 2012
Hari Inovasi hargai warga kampus KTTM Sri Gading
SAMBUTAN Hari Inovasi peringkat Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KTTM) Sri Gading bagi 2011, dijayakan dengan pengisian pelbagai aktiviti sebagai penghargaan dan kerjasama warga kampus berkenaan. Antara pihak yang menerima sijil penghargaan adalah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA (BKT), Perunding Teknologi (Technology Provider - UTHM Holdings Sdn Bhd) serta warga KKTM Sri Gading.
Selain sijil penghargaan, turut diadakan penyerahan Sijil Perakuan Akreditasi Malaysian Qualifying Agency (MQA) kepada lima program yang ditawarkan.
KKTM dalam kenyataannya berkata, program berkenaan ialah Diploma Teknologi Pembinaan (Sistem Termaju), Diploma Teknologi Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan), Diploma Teknologi Pembinaan (Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan), Diploma Teknologi Pembinaan ( Turapan dan Jalanraya) dan Diploma Teknologi Pembinaan (Geo-Struktur).
Majlis penyampaian sijil disempurnakan Pengarah KKTM Sri Gading, Md Khalil Mohamad.
Terdahulu, program sambutan Hari Inovasi diserikan dengan ceramah Inovasi daripada Pegawai Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Mohd Shahrir Abdul Mutalib bertajuk ‘Pengorbanan Ke Arah Inovasi Kerja’ dan `Seminar Teknologi Hijau’.
Pada program berkenaan, dua Projek Hati Emas iaitu Projek Khidmat Masyarakat Kampung Selai dan Kampung Kudung di Mukim Chaah, Segamat menerima anugerah iaitu Anugerah Sumbangan Luar Berkumpulan.
Anugerah itu membabitkan kakitangan akademik Jabatan Teknologi Pembinaan (Turapan dan Jalanraya) dan Jabatan Teknologi Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan).
Pelajar MRSM kuasai bahasa Inggeris dalam sebulan.
Kerjasama pintar UPM, MRSM, Pusat Bahasa ELS.
KERJASAMA pintar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) serta Pusat Bahasa ELS menyaksikan 30 pelajar MRSM Kuala Krai, Kelantan mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Kemampuan itu dibuktikan selepas masing-masing mengikuti kursus intensif selama sebulan di Pusat Bahasa ELS Subang Jaya.Dilaksanakan menerusi Program Sekolah Angkat UPM, kursus intensif itu bukan sekadar memberi pelajar mempelajari dan menguasai kemahiran itu, malah mendedahkan mereka mengenai kepelbagaian budaya pelajar dari luar negara.
Pengerusi Program, Prof Jayakaran Mukundan, berkata pemilihan pelajar dilakukan MRSM Kuala Krai dan UPM menyediakan modul kursus dibantu kakitangan Pusat Bahasa ELS.
Program jangka pendek itu katanya, adalah sebahagian komitmen UPM dalam memberikan kesedaran kepada pelajar kepentingan menguasai bahasa Inggeris.
“Sepanjang tempoh kursus, pelajar dibahagikan kepada kumpulan tertentu dan pencapaian mereka dinilai berdasarkan tahap penguasaan masing-masing.
“Dengan bantuan dan komitmen kakitangan pusat bahasa ELS, pelajar membuktikan mereka mampu menguasai bahasa Inggeris walaupun dalam tempoh singkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Program Intensif Bahasa Inggeris di Pusat Bahasa ELS, di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Majlis turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah ELS (Malaysia), Puan Sri Aishah Shamsuddin dan Pengarah Akademik ELS Subang Jaya, Yvonne Gruberska.
Timbalan Pengarah (Pembangunan Kurikulum) MRSM, Hanim Abdul Wahab dalam ucapannya berharap program seumpama itu akan diadakan pada masa akan datang.
Peluang itu kata beliau, perlu dioptimumkan sebagai nilai ditambah dan membantu mereka membuat persiapan untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Sementara itu, pelajar yang ditemui, Muhamad Faiz Ab Aziz, 16, berkata program intensif berkenaan berjaya meningkatkan keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa Inggeris bersama rakan-rakannya.
“Tempoh sebulan amat singkat, namun banyak membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris saya,” katanya.
Bagi Norlizatielain Mohd Sepiin dan Nurin Jazlina Romalan pula berpendapat, program berkenaan wajar diteruskan kerana ia berjaya mendedahkan pelajar kaedah terbaik bagi menguasai bahasa Inggeris.
Mereka mengakui program intensif berkenaan berjaya menambahkan keyakinan dan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka di samping mempelajari budaya pelajar luar negara yang berada di Pusat Bahasa ELS.
niksukry@bharian.com.my
2012/01/12
Sumber.


















