Jururawat Pergigian
Tugas utama:
- Membuat pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk kanak-kanak berumur < 17 tahun.
- Melibatkan diri dalam semua aktiviti penggalakan kesihatan pergigian.
- Bertugas dalam pasukan Pergigian Bergerak.
- Berhubung dengan guru besar/ guru-guru serta ketua kampung.
- Berhubung dengan orang awam.
Kelayakan :
Umur : 17- 24 tahun
Jantina : Perempuan
Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau yang setaraf dengannya serta kepujian dalam Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan 2 matapelajaran yang lain. Calon yang lulus Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.
Kebolehan/ kemahiran :
- Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan bertutur dalam bahasa lain adalah satu kelebihan.
- Mempunyai ketangkasan tangan yang baik.
- Mempunyai pengetahuan komputer.
Fizikal :
- Sederhana tinggi
- Sempurna pancaindera serta anggota
Taraf kerakyatan : Malaysia
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan(KPSL):
- Pembantu Pembedahan Pergigian yang telah disahkan dalm jawatan.
- Berumur < 45 tahun.
- Kelayakan seperti di atas.
- Borang boleh diperolehi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. ( www.spa.gov.my)
- Calon-calon yang berjaya akan menjalani latihan 3 tahun di Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.
Elaun biasiswa :
Pelatih akan diberi elaun biasiswa dan tempat tinggal asrama beryuran.
Struktur kursus :
Tempoh latihan : 3 tahun
Tahun 1 dan 2
Lokasi latihan : Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.
Semester I, II, III,IV : Teori dan latihan amali.
Tahun 3
Lokasi latihan : Pusat Latihan Amali di negeri/ daerah dan
di SLPM.
Semester V : Latihan Klinikal dan Kerja Projek
Semester VI : Teori/ Latihan Klinikal
Matapelajaran yang dipelajari :
� Sains asas
� Sains Tingkahlaku
� Sains Pergigian
� Sains Klinikal
� Pengurusan Kesihatan
� Teknologi Maklumat
� Sains Pengkayaan
Taraf Kelulusan : Diploma Kejururawatan Pergigian
Peluang Pekerjaan : Pelatih yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kejururawatan Pergigian dan wajib berkhidmat selama 5 tahun.
Tangga Gaji: Gred U29; P1T6 RM 1,493.44 ( tertakluk kepada perubahan semasa)
Lain-lain Faedah:
• Lantikan tetap dan berpencen.
• Pakaian seragam dan kasut percuma.
• Cuti tahunan.
• Kemudahan perkhidmatan perubatan dan pergigian.
• Skim pinjaman perumahan.
• Latihan dalam perkhidmatan.
• Skim pinjaman komputer.
Penempatan :
• Klinik Pergigian di Hospital Kerajaan
• Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan
• Klinik Pergigian Sekolah
• Pasukan Pergigian Bergerak
Kursus Pos-basik :
� Kursus Pergigian Pediatrik
� Kursus Ortodontik
Kursus tersebut dijalankan selama 6 bulan sepenuh masa melalui 3 fasa:
Fasa I : selama 1 bulan di KLPM
Fasa II : selama 4 bulan di klinik-klinik
Pakar Berkenaan
Fasa III : selama 1 bulan di KLPM
Prospek Kerjaya :
• Jururawat Pergigian U29 yang telah berkhidmat selama 5 tahun, layak memohon untuk kenaikan pangkat melalui temuduga untuk jawatan kanan Gred U32 hingga ke Tingkatan Tertinggi Gred U36, dan U38 tertakluk kepada prestasi.
• Jururawat Pergigian di Klinik Pergigian Pakar.
• Pengajar di KLPM.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman ini.
----Forum Paramedik Malaysia-----






0 comments:
Post a Comment