Semakin besar gred dan jawatan seseorang doktor, bermakna semakin banyaklah beban tugas yang terpaksa dipikul. Beban tugas ini boleh dibahagikan mengikut kategori :-
- Tanggungjawab klinikal : 70%
- Pengurusan : 20%
- Latihan dan Penyelidikan : 5%
- Tugas-tugas sokongan : 5%
Tanggungjawab Klinikal.
- Bertanggungjawab kepada pakar dalam semua perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan pesakit di jabatan itu.
- Membuat perbincangan dengan pakar perunding ataupun pakar yang berkaitan dengan rawatan ataupun prosedur apabila diperlukan.
- Menjalan dan membantu segala aktiviti pemeriksaan rawatan yang dijalankan serta menyelia anggota bawahan dalam memberikan perkhidmatan.
- Menjalankan tugas ataupun panggilan dan tugas-tugas lain mengikut amalan biasa seperti rondaan wad, menjalankan klinik pesakit luar, menerima dan merawat pesakit yang dirujuk daripada jabatan, hospital lain, klinik kesihatan dan klinik swasta disamping menjalankan prosedur rawatan kepada pesakit dan sebagainya.
Tanggungjawab Pengurusan.
- Mengadakan aktiviti peningkatan dan inisiatif kualiti.
- Melaksanakan aktiviti peningkatan kualiti Akreditasi, MS ISO9000, pemantauan indikator kualiti, kajian-kajian kualiti seperti HAS, HSR, audit, medical audit, kajian kepuasan pelanggan dan sebagainya.
- Mengendalikan aduan dan menyediakan laporan.
- Melaksanakan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Terlibat dalam merancang aktiviti peningkatan perkhidmatan klinikal dari segi meningkatkan kemudahan yang ada, peralatan rawatan dan kemahiran anggota.
Latihan dan Penyelidikan.
- Membantu ketua jabatan menilai dan mengenalpasti keperluan merancang latihan-latihan yang perlu diadakan di peringkat jabatan, hospital dan negeri.
- Mengendalikan latihan.
- Menyelaras pembahagian kursus di kalangan anggota-anggota jabatan ataupun unit.
- Mempertingkatkan pengetahuan dengan menghadiri seminar dan bengkel di peringkat jabatan, hospital, negeri ataupun kebangsaan.
- Menjalankan penyelidikan ataupun kajian dan menggunakan hasil-hasil kajian bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
Tugas-tugas Sokongan.
- Menganggotai Lembaga SOCSO.
- Menyediakan laporan perubatan.
- Menghadiri perbicaraan di Mahkamah apabila diperlukan.
- Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengarah Hospital ataupun Ketua Jabatan.
- Mewakili jabatan dalam semua aktiviti-aktiviti kesihatan selaras dengan misi dan visi kementerian seperti Kempen Kesihatan dan Kempen Derma Darah.
- Memberikan khidmat sokongan kepada jabatan kerajaan yang lain dan NGO.
0 comments:
Post a Comment